• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesudian beliau hadir ke negeri itu serta meluangkan masa bersama dalam beberapa atur cara.

Beliau berkata, pertemuan dan kebersamaan itu mencerminkan semangat saling menghormati, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama lebih luas demi kepentingan negeri dan negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, YAB Dato’ Anwar Ibrahim, atas kesudian hadir ke bumi Kelantan serta meluangkan masa bersama dalam beberapa atur cara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Mohd Nassuruddin turut menegaskan bahawa perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa kebaikan kepada rakyat.

Menurutnya, kematangan berpolitik dan kebijaksanaan mentadbir menuntut setiap pihak mengetepikan perbezaan warna kepartian demi kepentingan bersama.

“Dalam kematangan berpolitik dan kebijaksanaan mentadbir, perbezaan warna kepartian tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan usaha membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berharap hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata, kemajuan berterusan serta kesejahteraan seluruh rakyat Kelantan.

“Politik ada gelanggangnya, pentadbiran ada amanahnya. Kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi segala perbezaan,” tegasnya.

Mohd Nassuruddin turut mendoakan agar Allah SWT memberkati segala usaha dan ikhtiar bersama demi kepentingan rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Nassuruddin Haji Daud

Tags: anwarHargaikehadiranKelantanmbPerkukuh PersefahamanPMXSemangat Menghormati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memupuk nilai adab dan akhlak dalam kalangan anak-anak di...

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd