• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice secara terbuka mengkritik pemilihan pakaian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah ketika menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

Dalam satu podcast, Caprice mempersoalkan individu yang bertanggungjawab memilih busana tradisional Melayu berwarna merah jambu yang digayakan calon muda berkenaan.

“Who chose the outfit for Mukhlis? Is that his choice or someone’s choice?” soalnya.

Tetamu podcast itu berkata, Mukhlis Mubin mempunyai latar belakang dalam bidang pidato dan memperjuangkan bahasa Melayu, justeru pemakaian tradisional itu mungkin menjadi cara untuk menonjolkan identiti Melayunya selepas pernah berdepan kritikan berkaitan bangsa.

Bagaimanapun, Caprice berpendapat penampilan tersebut kelihatan terlalu dibuat-buat dan menyerupai persembahan teater.

“There’s a way to do it that looks natural, brother. I feel like it looks like theatre. Whoever chose his outfit pagi tadi, it just seems too theatrical,” katanya.

Caprice kemudian menyarankan supaya individu yang mencadangkan pakaian berkenaan disingkirkan.

“Whoever asked you to wear the outfit pagi tadi, fire that guy. Fire the guy! Brother, whoever told you to wear the outfit, let him go,” tegasnya.

Dalam masa sama, Caprice mengakui Mukhlis Mubin mempunyai potensi besar sebagai pemimpin muda, malah gaya pidatonya ketika mula tular sebelum ini mengingatkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika muda.

Namun, beliau bimbang terlalu ramai pihak yang cuba mempengaruhi Mukhlis sehingga calon berkenaan berisiko kelihatan seperti boneka.

“The fire must still be there. Tapi jangan biar dinosaur control you,” katanya sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Mukhlis.

Mukhlis Mubin merupakan calon termuda PRN Melaka kali ini dan bakal berdepan pertandingan tiga penjuru di Kuala Linggi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Podcast: Akaun Media Sosial Caprice Daddycap

Tags: CapricekritikMukhlis MubinpakaianPecat Orang Tu!Seperti Lakonan TeaterSiapa Suruh Pakai Baju Itu?
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

01/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah berkongsi pengalaman ada...

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd