• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PH Mukhlis Mubin Berbusana Tradisional Melayu Ke Pusat Penamaan Calon

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Calon PH Mukhlis Mubin Berbusana Tradisional Melayu Ke Pusat Penamaan Calon
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LINGGI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mengenakan busana tradisional Melayu berwarna merah jambu ketika hadir ke Pusat Penamaan Calon pagi ini.

Muhammad Mukhlisul dilihat mengenakan persalinan songket bercorak dengan samping putih, lengkap bertanjak serta perhiasan dokoh di dada ketika hadir bersama penyokong PH.

Dalam pada itu, Muhammad Mukhlisul menerusi hantaran di media sosial pagi ini turut berkongsi mengenai restu kedua-dua ibu bapanya sebagai sumber kekuatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon pilihan raya.

“Berbekalkan restu Ummi dan Abah, langkah terasa lebih kuat, beban digalas terasa lebih ringan,” katanya.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk menabur bakti kepada Kuala Linggi yang disifatkannya sebagai tanah yang telah membesarkan dan membentuk dirinya.

“Tiada impian yang lebih besar selain melihat tanah yang membesarkan diri ini terus terbela.

“Cukuplah diberi kesempatan untuk berbakti, menyumbang dan membalas jasa bumi Kuala Linggi yang telah membentuk siapa diri ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Berbusana Tradisional Melayucalon PHMukhlis MubinPusat Penamaan Calon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

BERSIH Kecam Anthony Loke Umum Bantuan RM1,000 Pada Majlis Calon PH Melaka

BERSIH Kecam Anthony Loke Umum Bantuan RM1,000 Pada Majlis Calon PH Melaka

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd