• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain
Share on FacebookShare on Twitter

MESIR – Kumpulan penggodam yang mendakwa bertanggungjawab menayangkan video lucah pada papan iklan digital di Mesir mendedahkan bahawa mereka turut berjaya menceroboh sistem paparan di beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Memetik laporan The Cairo Report, kumpulan yang mengendalikan saluran Telegram dikenali sebagai ‘Leakers$’ mendakwa menemui ribuan sistem terdedah menerusi imbasan automatik selama kira-kira dua jam.

Selain Malaysia dan Mesir, kumpulan itu mendakwa berjaya mengakses sistem paparan digital di Iraq, Brazil dan China.

Pendedahan tersebut dibuat susulan kejadian pada Khamis, 29 Oktober lalu apabila sebuah papan iklan elektronik di Lebuhraya 26 July Corridor, Giza, Mesir memaparkan rakaman lucah sehingga mencetuskan perhatian ramai.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial menyebabkan pihak berkuasa menggantung paparan iklan di sepanjang laluan berkenaan dan membuka siasatan.

Kelmarin, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan sistem paparan LED miliknya telah digodam susulan penularan rakaman di media sosial yang menunjukkan sebuah papan iklan digital di daerah itu memaparkan tayangan berunsur lucah atau 18SX.

Menurut wakil kumpulan itu, mereka mengeksploitasi kelemahan perisian yang digunakan untuk menghantar kandungan ke skrin LED, bukannya menyasarkan papan iklan di Mesir secara khusus.

Bagaimanapun, wakil berkenaan tidak mengemukakan bukti teknikal mencukupi untuk mengesahkan kaedah sebenar pencerobohan tersebut.

Kumpulan itu turut mendakwa sistem berkenaan mempunyai pelbagai kelemahan keselamatan, termasuk menerusi halaman dan antara muka sistem sendiri.

Mereka menegaskan operasi berkenaan bertujuan mendedahkan kelemahan keselamatan infrastruktur komersial, bukannya menuntut wang tebusan atau melancarkan serangan perisian tebusan.

Bagaimanapun, dakwaan kumpulan terbabit menerusi laporan The Cairo Report mengenai akses kepada sistem paparan digital di Malaysia belum dapat disahkan secara bebas. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Laman Web The Cairo Report

Tags: cerobohdakwaKumpulan PenggodamMalaysiaNegara lainSistem Papan Iklan Digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Pejuang FA-50M Pertama TUDM Tiba Di Malaysia, 17 Lagi Menyusul Hingga 2028

Pesawat Pejuang FA-50M Pertama TUDM Tiba Di Malaysia, 17 Lagi Menyusul Hingga 2028

30/10/2026
0

LABUAN – Pesawat pejuang ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di negara ini hari ini sebagai sebahagian...

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd