• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Pejuang FA-50M Pertama TUDM Tiba Di Malaysia, 17 Lagi Menyusul Hingga 2028

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pesawat Pejuang FA-50M Pertama TUDM Tiba Di Malaysia, 17 Lagi Menyusul Hingga 2028
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Pesawat pejuang ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di negara ini hari ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan pertahanan ruang udara negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan penghantaran pesawat berkenaan dari Korea Selatan yang melakukan transit di Pangkalan Udara Labuan sebelum meneruskan penerbangan ke Pangkalan Udara Kuantan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), pesawat tersebut merupakan yang pertama daripada keseluruhan 18 buah FA-50M yang diperoleh daripada Korea Aerospace Industries (KAI), Korea Selatan, dengan nilai perolehan hampir RM4 bilion.

“Baki 17 buah pesawat dijadualkan diterima secara berperingkat sehingga tahun 2028,” menurut kenyataan itu hari ini.

MINDEF memaklumkan, pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan bagi menyokong kesiapsiagaan operasi dan latihan TUDM.

Selain memperkukuh pertahanan udara negara, penghantaran FA-50M turut menjadi pemangkin pembangunan modal insan melalui latihan dan penguasaan teknologi penerbangan tempur.

Langkah itu bertujuan melahirkan generasi juruterbang pesawat pejuang masa hadapan yang memiliki kemahiran tinggi.

Perolehan pesawat bernilai hampir RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) itu juga merupakan sebahagian daripada usaha pemodenan aset TUDM.

Dalam lawatan tersebut, Mohamed Khaled turut menerima taklimat mengenai keupayaan FA-50M daripada Pegawai Memerintah No. 15 Skuadron, Mejar Mohd Jamil Awang sebelum meninjau pesawat dan berinteraksi dengan juruterbang terlibat.

Menurut MINDEF, inisiatif itu selaras dengan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 bagi meningkatkan keberkesanan operasi TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara dan kepentingan strategik negara. – MYNEWSHUB

Tags: 17 Lagi MenyusulFA-50MHingga 2028MalaysiaPERTAMAPesawat PejuangTUDM Tiba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd