• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Sita 5,801 Unit Mainan ‘Squishy’ Gagal Pamer Tanda Patuh Standard Keselamatan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KPDN Sita 5,801 Unit Mainan ‘Squishy’ Gagal Pamer Tanda Patuh Standard Keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau ‘squishy’ bernilai RM70,428.70 kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC) seperti ditetapkan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sitaan itu hasil Pemeriksaan Khas Mainan Span Lembut (Squishy) yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Oktober lalu.

Menurutnya, sebanyak 1,845 premis melibatkan pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada 15 kes tindakan penguatkuasaan dengan sitaan sebanyak 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428.70 kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC) seperti yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman menegaskan, KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Katanya, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan di pasaran.

Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa menyemak label serta tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli sebarang mainan untuk anak-anak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mainan mencurigakan pula digesa menyalurkan aduan kepada KPDN melalui WhatsApp 019-848 8000 atau 019-279 4317.

Aduan juga boleh dibuat menerusi portal e-aduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN. – MYNEWSHUB

 

Tags: 801 Unit Mainan ‘Squishy’ Gagal PamerKPDNSita 5Tanda Patuh Standard Keselamatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan terdapat isu teknikal berhubung integrasi antara sistem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd