• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-100 persatuan itu, 5 September lalu.

Presidennya, Steven Chan berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu tidak berasas, memutarbelitkan fakta sebenar serta menjejaskan maruah persatuan dan institusi sekolah.

Menurutnya, majlis berkenaan berlangsung di Regent Hall, Seremban, di luar kawasan sekolah dan waktu persekolahan, dengan kehadiran kira-kira 1,600 alumni serta tetamu jemputan.

“Kehadiran pengawas sekolah adalah secara sukarela dengan persetujuan bertulis ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Murid-murid tidak pernah diarah, dibenar mahupun dipaksa untuk memegang, menuang atau menghidangkan sebarang minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, tugas pengawas hanya melibatkan protokol, pendaftaran, promosi cenderamata dan menyambut tetamu serta membantu mengedarkan teh Cina biasa.

Menurutnya, buih pada permukaan minuman tidak boleh dijadikan bukti bahawa ia merupakan minuman beralkohol.

OPA turut menafikan dakwaan bantahan ketika taklimat diabaikan atau disekat, selain menegaskan guru dan pengawas tidak terlibat dalam sesi raptai sebelum majlis.

Persatuan itu juga kesal apabila nama pentadbiran sekolah, murid dan tetamu kehormat termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu, Steven berkata, OPA telah merujuk perkara tersebut kepada peguam dan sedang dalam proses membuat laporan polis.

“OPA turut mengekalkan hak mutlak untuk mengambil tindakan undang-undang yang bersesuaian, termasuk memfailkan saman fitnah sivil bagi menuntut ganti rugi terhadap mana-mana individu atau entiti yang memulakan, menyebarkan atau menularkan fitnah ini,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Screenshot
Screenshot
Screenshot
Tags: dakwaanHidang Alkoholmajlis makan malamnafiOPAPengawas Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam

JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memandang serius dakwaan penglibatan murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul, Seremban dalam...

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

16/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd