• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan Data Tidak Sepatutnya Jadi Gimik Politik Sementara

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Keselamatan Data Tidak Sepatutnya Jadi Gimik Politik Sementara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti BERSAMA menegaskan keselamatan data tidak sepatutnya dijadikan sekadar gimik politik sementara, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada tadbir urus negara yang berterusan, telus dan berlandaskan piawaian.

Jurucakapnya, Seah Jhen Pei berkata, kerajaan perlu memberi penjelasan menyeluruh berhubung larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam serta kesiapsiagaan aplikasi tempatan TuJu sebagai alternatif.

“Keselamatan data tidak sepatutnya menjadi sekadar gimik politik sementara, sebaliknya perlu menjadi tadbir urus negara yang berterusan, telus dan berlandaskan piawaian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, keputusan melarang Waze secara serta-merta dipersoalkan apabila TuJu yang disyorkan kerajaan dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan hanya sehari selepas diperkenalkan sebagai alternatif.

Katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan pihak yang mempunyai kawalan terhadap data lokasi pengguna TuJu yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn Bhd.

Beliau mempersoalkan sama ada data berkenaan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi serta pihak yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kebocoran.

Sehubungan itu, BERSAMA menggesa Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menggubal garis panduan terbuka dan seragam mengenai penggunaan aplikasi pada peranti kerajaan.

Parti itu turut menuntut kerajaan mendedahkan hasil penilaian risiko yang menjadi asas larangan Waze, selain menjelaskan kos pembangunan TuJu, proses perolehan dan mekanisme audit keselamatannya.

BERSAMA juga mencadangkan Akta Perlindungan Data Peribadi dipinda supaya meliputi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Selain itu, kerajaan digesa menjalankan kajian menyeluruh terhadap insiden kebocoran data di agensi kerajaan sebelum ini serta mengumumkan langkah penambahbaikan dan tindakan akauntabiliti.

Jhen Pei berkata, kerajaan perlu bertindak secara bertanggungjawab dengan memberikan penjelasan yang jelas kepada penjawat awam dan seluruh rakyat. – MYNEWSHUB

Tags: BersamaGimik PolitikJadiKeselamatan DatasementaraTidak Sepatutnya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BERSAMA Persoal Larangan Waze, Bagaimana Pula Aplikasi Lain Yang Kumpul Data Lokasi?

BERSAMA Persoal Larangan Waze, Bagaimana Pula Aplikasi Lain Yang Kumpul Data Lokasi?

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA mempersoalkan tindakan kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam sedangkan aplikasi lain...

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd