• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan sekadar gangguan bermusim, sebaliknya darurat kesihatan awam berulang yang gagal diselesaikan kerajaan.

Presidennya, Dr L. Sivanaesan berkata, selepas lebih dua dekad berdepan krisis sama, negara-negara ASEAN masih gagal menangani punca sebenar pencemaran udara berkenaan.

“Doktor boleh merawat kesan kesihatan akibat jerebu, tetapi menangani punca sebenarnya memerlukan tindakan tegas dan komitmen berterusan daripada kerajaan di seluruh rantau ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pada 9 Oktober lalu, sembilan stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180, manakala 37 daripada 68 stesen di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat.

Katanya, pencemaran zarah halus PM2.5 boleh memasuki paru-paru dan aliran darah, mencetuskan serangan asma, memburukkan penyakit pernafasan kronik serta meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Golongan kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan pesakit kronik paling berisiko.

Sivanaesan turut mengingatkan pada 2015, Presiden Indonesia ketika itu, Joko Widodo berjanji menyelesaikan masalah jerebu dalam tempoh tiga tahun, namun lebih sedekad kemudian kebakaran hutan dan tanah masih berlaku.

“Berapa tahun lagi jutaan manusia perlu menghirup udara tercemar sebelum janji-janji ini menghasilkan penyelesaian berkekalan?” soalnya.

Sehubungan itu, MMA menggesa kerajaan ASEAN memperketat penguatkuasaan perjanjian jerebu, mendakwa pihak bertanggungjawab melakukan pembakaran haram termasuk syarikat berkaitan Malaysia jika terlibat.

MMA turut menuntut pelaksanaan pelan kecemasan kesihatan, penyediaan pelitup muka N95 percuma yang sesuai kepada golongan berisiko, pusat perlindungan udara bersih serta langkah memastikan pendidikan murid tidak terjejas akibat penutupan sekolah.

“Udara bersih ialah hak asas, bukan keistimewaan. Selepas lebih dua dekad jerebu berulang, rakyat berhak mendapat hasil, bukan lebih banyak janji,” tegasnya. – MYNEWSHUB

Tags: BertindakdoktorKerajaanKesan JerebuMAMPUMMAPerluRawatTangani PuncaTetapi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO

Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO

21/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seluruh penjawat awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd