• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan keselamatan data pengguna dan bidang kuasa undang-undang Israel.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, pertimbangan pertama adalah skop data terperinci yang dikumpulkan Waze, termasuk lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna.

Menurut MKN, pertimbangan kedua pula membabitkan kemas kini Terma Penggunaan Waze yang menetapkan penggunaan aplikasi itu tertakluk kepada undang-undang Israel dan bidang kuasa eksklusif mahkamah di Tel Aviv.

“Data merupakan aset strategik negara. Kerajaan tidak akan berkompromi apabila data rakyat dan kedaulatan maklumat negara diletakkan di bawah bidang kuasa rejim Israel yang tidak diiktiraf oleh Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MKN menjelaskan, keputusan berkenaan bukan dibuat berdasarkan asal usul teknologi semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira undang-undang yang mengawal selia data pengguna.

Bagaimanapun, larangan tersebut tidak melibatkan Google Maps kerana aplikasi itu berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

MKN turut menyarankan penjawat awam dan orang ramai menyahpasang Waze daripada peranti masing-masing kerana pengumpulan data masih boleh berlaku walaupun aplikasi itu tidak digunakan secara aktif.

Keberkesanan langkah berkenaan akan dinilai dari semasa ke semasa sebelum tindakan lanjut diputuskan.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan terus menilai aplikasi lain, khususnya yang tertakluk kepada undang-undang Israel, dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya risiko sama dikenal pasti.

MKN menyeru rakyat Malaysia menyokong produk teknologi tempatan iaitu Aplikasi navigasi TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) demi memperkukuh kedaulatan negara.

Terdahulu, ramai pihak mengkritik keberkesanan aplikasi TuJu kerana didakwa tidak mempunyai keupayaan teknologi untuk menggantikan Waze selain membangkitkan kos yang telah dibelanjakan kerajaan untuk membina TuJu. – MYNEWSHUB

Tags: aplikasiKerajaanlaranganMinta GunaPenggunaan WazePenjawat AwamPertahanTuJu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd