• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seluruh penjawat awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi rakyat daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, larangan itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Anwar menegaskan, maklumat sensitif kerajaan serta data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada sebarang bentuk penyalahgunaan yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya berhenti menggunakan Waze dan beralih kepada aplikasi navigasi alternatif tempatan seperti TuJu.

Saranan tersebut dibuat dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, larangan penggunaan Waze itu melibatkan seluruh penjawat awam, manakala rakyat Malaysia secara keseluruhannya disarankan supaya mengambil langkah sama.

Anwar menegaskan pendirian kerajaan dalam soal keselamatan maklumat dan kedaulatan negara adalah tegas.

“Pendirian Kerajaan Madani adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat,” menurut kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: DataGuna WazeHentiKerajaanmaklumatMesti DilindungiPeribadi RakyatPMORejim Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai supaya tidak lagi memasukkan wang ke...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd