• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko jenayah dan usaha sedang dilakukan bagi mengubah wajah kawasan itu supaya lebih selamat untuk penduduk.

Menurut beliau, masalah seperti lampu jalan, semak samun, pembuangan sampah haram dan kawasan terbiar tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membuka ruang kepada kegiatan jenayah.

“Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko jenayah. Kita mahu mengubah wajah kawasan ini supaya penduduk boleh menjalani kehidupan dengan lebih selamat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Fadhlina memaklumkan beliau menyempurnakan penutupan Program Gotong-Royong Perdana Whitening The Blackspot di Bukit Panchor yang menghimpunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama masyarakat setempat.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan turut menghargai komitmen semua pihak yang turun padang menjayakan program berkenaan dalam usaha memastikan kawasan kediaman lebih bersih, terurus dan selamat.

“Keselamatan komuniti bukan tanggungjawab polis semata-mata. Penduduk juga berhak menikmati persekitaran yang terjaga dan rasa selamat di tempat sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina turut berkongsi detik kejutan apabila warga PDRM mengadakan sambutan hari lahirnya ketika program berkenaan berlangsung.

Beliau merakamkan penghargaan kepada warga PDRM atas ingatan dan kasih sayang yang ditunjukkan menerusi sambutan tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhlina Sidek

Tags: berisikoBukit PanchorDikenal PastiFadhlina SidekJenayahKawasanPernah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd