• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Mereka Benci Saya Kerana Sayangkan Johor, Biarlah Mereka Teruskan Membenci” – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Kalau Mereka Benci Saya Kerana Sayangkan Johor, Biarlah Mereka Teruskan Membenci” – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkongsi semula titah baginda pada 2017 mengenai kasih sayang dan keutamaan yang diberikan kepada negeri serta Bangsa Johor menerusi Instagram Story baginda.

Hantaran itu memaparkan gambar Tunku Mahkota Ismail berpakaian seragam tentera bersama petikan titah baginda bertarikh 19 Oktober 2017 yang disiarkan semula daripada akaun Instagram @hafiz_othman.

“Kalau mereka benci saya kerana saya sayangkan negeri Johor, dan meletakkan keutamaan kepada negeri Johor, saya rasa lebih baik mereka teruskan membenci.

“Kerana kasih sayang saya kepada negeri Johor dan Bangsa Johor tidak akan berubah,” menurut petikan titah berkenaan.

Baginda turut menegaskan bahawa keutamaan terhadap Johor akan tetap dipertahankan meskipun pendirian itu tidak disenangi sesetengah pihak.

“Jikalau mereka melihat saya menyayangi negeri Johor dan meletakkan negeri Johor sebagai keutamaan itu satu kesalahan, maka saya rela bersalah selama-lamanya,” titah baginda dalam petikan sama.

Hantaran yang dikongsikan itu turut disertakan tulisan “Hari Ini Dalam Arkib Titah” serta tanda pagar #arkibtitahHO. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial HRH Crown Prince of Johor

Tags: Benci SayaBiarlah MerekaKalau MerekaKeranaSayangkan JohorTeruskan MembenciTunku Mahkota Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Terima Kasihlah Kerana Yang Tegur Itu Yang Warak-Warak Tak Pernah Dengar Lagu’ – PMX Anwar

‘Terima Kasihlah Kerana Yang Tegur Itu Yang Warak-Warak Tak Pernah Dengar Lagu’ – PMX Anwar

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pihak yang menegur kehadirannya ke konsert Biduanita Negara,...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Keputeraan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Keputeraan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar

14/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menitahkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada anakanda baginda, Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd