• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan e-Invois bukan sekadar memodenkan sistem percukaian Malaysia, malah berpotensi memudahkan rakyat mengurus tuntutan pelepasan cukai individu.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), rekod digital lebih tersusun dan mengurangkan risiko kehilangan resit kertas.

Malah, data e-Invois berpotensi digunakan untuk memaparkan maklumat pelepasan cukai tertentu secara automatik dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), sekali gus memudahkan urusan pembayar cukai dan menjimatkan masa.

Contohnya, individu yang membeli buku boleh meminta e-Invois daripada penjual dengan memberikan nombor kad pengenalan atau Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Rekod itu berpotensi digunakan bagi praisi pelepasan cukai gaya hidup, tertakluk kepada skop pelaksanaan dan syarat kelayakan.

Bagaimanapun, HASiL menegaskan maklumat yang dipraisi bukan kelulusan automatik. Pembayar cukai masih perlu menyemak ketepatan dan kelayakan tuntutan serta membuat pindaan jika terdapat percanggahan sebelum menghantar borang cukai.

Mereka juga tidak perlu bimbang jika membeli daripada peniaga yang belum menggunakan e-Invois atau dikecualikan, kerana resit, bil dan invois biasa masih boleh menjadi bukti bagi tuntutan yang layak.

Pembeli digalakkan memberikan maklumat yang tepat, manakala penjual perlu memastikan butiran transaksi dan kod pengelasan adalah betul sebelum e-Invois dikemukakan kepada HASiL bagi tujuan pengesahan.

Sementara itu, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang belum diwajibkan melaksanakan e-Invois digalakkan menyertainya secara sukarela. Rekod teratur memudahkan audit, percukaian dan permohonan pembiayaan.

Bagi menyokong peralihan, kerajaan menyediakan tempoh kelonggaran sementara, Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) untuk membetulkan ketidakpatuhan atau kesilapan tertakluk kepada syarat, serta Portal MyInvois dan MyInvois e-POS secara percuma.

HASiL melihat pelaksanaan e-Invois sebagai langkah ke arah ekosistem percukaian lebih cekap, telus dan mesra pengguna, di samping menyokong ekonomi digital negara.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

Tags: CekapE-invoisEkosistemMesra PenggunaPercukaian Modentelus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd