• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran di laman media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Sepanyol, Sergio Farré Salva; Pesuruhjaya Tinggi Namibia, Christine Hoebes dan Duta Besar Belgium, Peter Huyghebaert.

Duta yang lain ialah Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Maud Vuyelwa Diomo; Duta Besar Azerbaijan, Khazar Nadir oglu Farhadov; Duta Besar Iraq, Adnan Mhalhal Azara Al Maajoon dan Pesuruhjaya Tinggi India, Somnath Ghosh.

Selain itu, Duta Besar Belanda, Michel Léon Hans Deelen; Duta Besar Oman, Hatem Bin Hilal Bin Ali Al Yaqoubi; Duta Besar Kemboja, Chum Angvichet dan Duta Besar Kazakhstan, Malik Kenesbayuly Murzalin.

Senarai berkenaan turut melibatkan Duta Besar Vietnam, Pham Thi Thuy Nga; Pesuruhjaya Tinggi Tanzania, Mejar Jeneral Mbaraka Naziad Mkeremy; Duta Besar Republik Dominika, Jose Julio Gomez Beato dan Pesuruhjaya Tinggi Guyana, Dharamkumar Seeraj.

Tiga lagi ialah Pesuruhjaya Tinggi Malta, Maria Camilleri; Duta Besar Greece, Dimitrios Michalopoulos dan Pesuruhjaya Tinggi Cyprus, Nicholas Panayiotou.

Dalam istiadat sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tiga ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, John K. Samuel; Duta Besar Malaysia ke Belgium, Shaiful Anuar Mohammad dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Wan Aznainizam Yusri Wan Abd Rashid.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: 18 Perwakilan Asing Ke MalaysiaTerimaWatikahYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

12/10/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting...

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi rakaman video mengikuti trend...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd