• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Beliau berkata, tindakan bersama perlu dipertingkat khususnya dalam aspek pengawalan kebakaran, pemantauan titik panas dan pencegahan kebakaran pada masa hadapan.

Menurutnya, Johor sudah 53 hari berdepan episod jerebu sejak 25 Ogos lalu sehingga beberapa kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.

“Keadaan ini amat membimbangkan, khususnya terhadap kesihatan dan kehidupan seharian rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Onn Hafiz berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan bencana peringkat negeri.

Beliau turut mendedahkan maklumat ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) menunjukkan sebanyak 453 titik panas dikesan di Kalimantan dan 153 lagi di Sumatera, Indonesia.

Katanya, keadaan itu berpotensi meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan sekiranya berlaku kebakaran dan pergerakan asap ke negara jiran.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Johor supaya bersama-sama berdoa agar negeri berkenaan dan Malaysia terus dilindungi daripada sebarang musibah serta bencana. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: 53 HariAdakanASEANBerdepangesaJerebuJohorMesyuarat TergemparOnn Hafiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

11/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Johor akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan sekolah selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd