JOHOR BAHRU – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menayangkan dokumentari eksklusif bertajuk UNTAMED menerusi platform digital JDT+ bermula 22 Oktober ini.
Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers yang turut memperkenalkan poster rasmi dokumentari berkenaan.
“You can’t tame what you don’t understand. And you haven’t seen a damn thing yet,” menurut hantaran tersebut.
Ungkapan yang membawa maksud sesuatu yang tidak difahami tidak mungkin dapat dijinakkan itu menggambarkan semangat dan identiti Harimau Selatan.
Dalam perkembangan sama, JDT turut mengumumkan pas langganan JDT+ bagi musim 2026/2027 ditawarkan pada harga RM69.
Langganan semusim itu membolehkan penyokong menikmati akses kepada kandungan yang layak ditonton menerusi JDT+ sepanjang musim berkenaan, bermula dengan tayangan UNTAMED pada 22 Oktober.
Bagi mendapatkan langganan, penyokong boleh melayari laman web www.jdtplus.com sebelum memilih bahagian Season Pass dan menekan butang Buy Now.
Pengguna kemudian perlu memasukkan maklumat akaun dan pembayaran untuk melengkapkan langganan, manakala pengesahan akan dihantar melalui e-mel.
UNTAMED dijangka menarik perhatian penyokong Harimau Selatan yang ingin menyaksikan kandungan eksklusif berkaitan kelab berkenaan.
JDT turut mengajak para penyokong melanggan platform itu bagi menikmati dokumentari tersebut serta kandungan lain sepanjang musim 2026/2027. – MYNEWSHUB


