• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Sakau RM9.5 Juta, “Kalau Saya Kata Ini Tak Betul, Kau Saman Aku” – Rafizi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin PKR Sakau RM9.5 Juta, “Kalau Saya Kata Ini Tak Betul, Kau Saman Aku” – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli membangkitkan dakwaan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima wang RM9.5 juta sambil mencabar individu berkenaan mengambil tindakan saman sekiranya tuduhannya tidak benar.

Menerusi rakaman video ucapannya yang tular di media sosial, mantan Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa beliau mempunyai bukti sehingga berani membuat tuduhan secara terbuka dalam sidang media sebelum ini.

“Esok tu saya panggil sidang media. Saya kata yang ambil RM9.5 juta. Dan kalau yang saya kata ni tak betul, kau saman aku,” katanya.

Rafizi mendakwa isu berkenaan bermula susulan pendedahan ahli perniagaan, Victor Chin yang mendakwa menyerahkan RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR ketika individu terbabit belum dilantik menteri.

Menurutnya, pemimpin berkenaan namun terlebih dahulu tampil menafikan dakwaan menerima wang tersebut, malah memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengulangi tuduhan itu.

Bagaimanapun, Rafizi mendakwa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang saman berhubung pendedahan yang dibuatnya.

“Kalau saya sebut secara terbuka panggil sidang media, maknanya saya ada bukti. Jadi sampai sekarang, dia tak saman,” dakwanya.

Beliau yang kini mengasaskan parti BERSAMA turut mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melantik pemimpin berkenaan sebagai menteri.

Pada masa sama, beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR menyindir sikap yang didakwanya berbeza dalam menilai isu rasuah membabitkan UMNO dan PKR.

“Kalau UMNO kononnya sakau semua ni, tapi kalau PKR buat tak apa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Kalau Saya Kata Ini Tak BetulKau Saman AkuPemimpin PKRRafiziRM9.5 jutaSakau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar mendakwa rakyat Johor dan Negeri Sembilan sudah tertipu, sambil...

Pemimpin PKR Taufiq Iskandar Nafi Guna Gelaran ‘Datuk’, Kesilapan Teknikal

Pemimpin PKR Taufiq Iskandar Nafi Guna Gelaran ‘Datuk’, Kesilapan Teknikal

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar menafikan pernah menggunakan gelaran “Datuk” di platform media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd