• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Puchong Persoal Caj CRESS – Kadar Asal 20 sen, Kerajaan Umum 14 Sen, Kemudian Jadi 18 Sen

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen Puchong Persoal Caj CRESS – Kadar Asal 20 sen, Kerajaan Umum 14 Sen, Kemudian Jadi 18 Sen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin mempersoalkan perubahan kadar caj akses sistem (SAC) di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) daripada 14 sen kepada 18 sen setiap kilowatt-jam (kWj) yang didakwa boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 18 September lalu mengumumkan Pakej Pecutan CRESS dengan kadar SAC 14 sen bagi bekalan tetap serta tempoh kontrak 10 tahun.

Menurutnya, pengumuman itu disambut baik pasaran modal dan pemain industri kerana CRESS membolehkan pemaju tenaga boleh baharu menjual elektrik secara terus kepada pelanggan industri.

Bagaimanapun, Bee Yin mendakwa Suruhanjaya Tenaga (ST) mengubah pendekatan berkenaan apabila memperkenalkan caj tambahan Green Consumer SAC (GC SAC) sebanyak empat sen setiap kWj dalam taklimat industri pada 13 Oktober lalu.

Katanya, caj tambahan tersebut menjadikan jumlah efektif meningkat kepada 18 sen berbanding 14 sen yang diumumkan PETRA, sedangkan kadar asal sebelum pengurangan ialah 20 sen.

“Kadar asalnya 20 sen. Kerajaan umum melalui kenyataan rasmi 14 sen bulan lepas. Semalam (kelmarin) ST ubah menjadi 18 sen,” katanya ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam.

Sehubungan itu, beliau menuntut penjelasan kerajaan sama ada kadar muktamad Pakej Pecutan CRESS kekal 14 sen seperti diumumkan PETRA atau meningkat kepada 18 sen berdasarkan taklimat ST.

“U-turn seperti ini jika benar adalah big blunder dalam usaha kerajaan menarik pelaburan, sama ada domestik dan asing

Beliau turut memberi amaran bahawa perubahan dasar yang tidak konsisten boleh memberikan isyarat negatif kepada pelabur, khususnya sektor tenaga boleh baharu dan pusat data, selain menjejaskan keyakinan terhadap iklim pelaburan negara secara keseluruhan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Yeo Bee Yin

Tags: Ahli Parlimen PuchongCaj CRESSKadar Asal 20 senKemudian Jadi 18 SenKerajaan Umum 14 Senpersoal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan tindakan susulan...

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd