• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan individu dikenali sebagai Aliff Daniel bersama ibunya ditangkap di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan itu dibuat menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan dilaksanakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit kini sedang disiasat JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Berdasarkan risikan JAIS selepas kes melibatkan individu terbabit tular, JAIS juga dijangka akan memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Shahzihan menegaskan, JAIS memandang serius perkara berkenaan dan akan memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, undang-undang serta fakta kes.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Beliau turut meminta masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Aliff DanielIbuJAISSahkanTelah Ditangkap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI

JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI

11/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah memulakan siasatan terhadap seorang individu beragama Islam yang dipercayai melakukan ritual...

Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”

Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan antara parti itu dengan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd