• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran di akaun media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu turut menyaksikan Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.

Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September lalu.

Pada pertemuan sama, Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu.

Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Negara hari ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: AgongKetua Polis NegaraPengarah Pengurusan PDRMTerima menghadapTimbalan KPN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah hubungan persahabatan antara Malaysia dan Mesir semakin kukuh berlandaskan prinsip saling...

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap rombongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan program Ilham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd