• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin di semua peringkat mengambil iktibar daripada kisah para anbiya dalam memperkukuh amanah kepimpinan serta melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, pengajaran daripada kisah para nabi bukan sahaja menjadi pedoman dalam kehidupan, malah turut membawa mesej penting berkaitan kepimpinan dan pentadbiran negara.

“Moga kita terus mengambil iktibar daripada kisah para anbiya, memperkukuh amanah dalam kepimpinan dan menjadikan setiap ikhtiar demi kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau menghadiri Majlis Ilmu Madani yang mengangkat penghayatan Tafsir Surah Yusuf menerusi syarahan ulama tersohor dari Türkiye, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani.

Menurut beliau, kisah Nabi Yusuf AS bukan sekadar mengajar umat Islam mengenai kesabaran dan keteguhan iman, sebaliknya turut mengandungi iktibar besar dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran negara.

Katanya, antara pengajaran penting daripada kisah berkenaan ialah kebijaksanaan mengurus sumber, merancang bekalan makanan serta membina daya tahan ekonomi ketika berdepan kemarau.

Sehubungan itu, beliau berpandangan pengajaran tersebut wajar dijadikan pedoman dalam merangka dasar dan melaksanakan Belanjawan Madani 2027.

Anwar menegaskan bahawa kecekapan tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan kemaslahatan ummah perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha berkenaan.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut mengenang jasa dan bimbingan Syeikh Muhammad Fadhil yang disifatkannya telah memberikan kekuatan ketika beliau melalui tempoh sukar suatu ketika dahulu.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu tersebut yang memberi penekanan kepada penghayatan dan pengajaran daripada Surah Yusuf. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Ambil IktibaranwarKisah Para AnbiyaMintapemimpinPMX
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

13/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menghadiri syarahan ulama besar dari Turkiye, Syeikh Dr. Muhammad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd