• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak seharusnya didesak untuk menentukan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana individu.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami susulan desakan Ahli Parlimen Jelutong supaya Perdana Menteri memastikan seseorang individu dituduh semula.

“Pertama, Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Azalina, Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan menurut budi bicaranya, tertakluk kepada kerangka perlembagaan dan undang-undang.

Katanya, keputusan pendakwaan mesti dibuat berasaskan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukannya tekanan atau kehendak politik.

Beliau menegaskan bahawa prinsip kebebasan pendakwaan perlu dipertahankan secara konsisten dan tidak boleh digunakan secara terpilih mengikut kepentingan politik.

“Kita tidak boleh menolak campur tangan politik dalam pendakwaan, tetapi pada masa yang sama mendesak Perdana Menteri memastikan pertuduhan dikenakan semula terhadap individu tertentu kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan,” katanya.

Azalina berkata, mana-mana pihak berhak mempersoalkan keputusan pendakwaan dan menuntut penjelasan munasabah, namun perbezaan keputusan antara kes tidak semestinya membuktikan berlaku campur tangan politik atau layanan berat sebelah.

Menurutnya, Jabatan Peguam Negara telah memberikan penjelasan berhubung alasan permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dan keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Beliau turut menegaskan bahawa tiada individu harus diberikan kekebalan daripada undang-undang kerana jawatan atau kedudukan politik, namun semua pihak termasuk pemimpin UMNO berhak mendapat proses undang-undang yang adil.

Mengulas kes Yayasan Akalbudi, Azalina berkata, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam Malaysia memulakan prosiding semakan kehakiman.

Katanya, prosiding berkaitan masih berjalan dan persoalan undang-undang yang dipertikaikan mesti diputuskan oleh mahkamah, bukannya melalui desakan politik terhadap Perdana Menteri.

“Desakan politik supaya Perdana Menteri menentukan tindakan pendakwaan bukan pengganti kepada proses tersebut,” katanya.

Azalina menegaskan UMNO akan terus mempertahankan kedaulatan undang-undang, kebebasan pendakwaan serta kesamarataan di sisi undang-undang tanpa mengira seseorang itu pemimpin kerajaan, pembangkang atau rakyat biasa. – MYNEWSHUB

Tags: AzalinaBukanpendakwa rayaPerdana MenteriYB Jelutong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap kejadian keganasan membabitkan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil sebelum disusuli kenyataan simpati dan...

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Madani akan terus melaksanakan agenda reformasi institusi secara tersusun dan berterusan bagi memperkukuh institusi demokrasi negara serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd