• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk beberapa hari akibat jerebu bagi memudahkan urusan keluarga.

Beliau namun menjelaskan bahawa keputusan penutupan sekolah perlu mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang boleh berubah mengikut masa dan lokasi.

“Dalam membuat keputusan ini, kita perlu memahami bahawa bacaan IPU boleh berubah mengikut masa dan lokasi. Justeru, penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di setiap kawasan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Fadhlina berkata, beliau mengikuti pelbagai pandangan ibu bapa berhubung keputusan penutupan sekolah yang diumumkan dari hari ke hari dan memahami keresahan mereka.

Sehubungan itu, beliau telah meminta supaya keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi membolehkan ibu bapa membuat persediaan.

Menurutnya, pengurusan jerebu turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memantau kualiti udara dan menangani pencemaran, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid serta pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa.

Dalam pada itu, Fadhlina mengingatkan bahawa pengalaman pandemik Covid-19 menunjukkan gangguan persekolahan memberikan kesan besar terhadap pembelajaran murid.

Beliau berkata, usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan sehingga kini, manakala masa pembelajaran yang hilang bukan mudah diganti terutama apabila kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak sama bagi setiap murid.

Bagi murid asrama pula, beliau menyarankan supaya mereka terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah akibat jerebu selagi keadaan selamat dan kebajikan terjamin.

“Kita tidak mahu ibu bapa terbeban dengan urusan mengambil dan menghantar anak berulang kali,” katanya.

Fadhlina berkata, KPM akan terus memantau keadaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa atas pandangan dan kesabaran sepanjang menghadapi situasi jerebu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhlina Sidek

Tags: Beberapa HariBerubahcadangDitutupFadhlinaibu bapaIPUMengikut Masa Dan LokasiSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

11/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Johor akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan sekolah selama...

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd