• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Saksikan Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Saksikan Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Singapura 2026 yang berlangsung di Litar Jalan Raya Marina Bay, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun media sosial rasmi HRH Crown Prince of Johor yang memaparkan keberangkatan baginda menyaksikan antara perlumbaan sukan permotoran paling berprestij di dunia itu.

Grand Prix Singapura yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober merupakan pusingan ke-17 Kejuaraan Dunia Formula 1 musim 2026, sekali gus menarik perhatian peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.

Saingan kali ini menyaksikan pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen muncul juara selepas mengetepikan cabaran Charles Leclerc dari Ferrari di tempat kedua dan Kimi Antonelli dari Mercedes di kedudukan ketiga.

Sementara itu, minat Tunku Mahkota Ismail terhadap dunia sukan permotoran turut dapat dilihat menerusi pembangunan JDT Racing Team yang kini semakin mengukuhkan nama Johor di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa.

Pasukan berkenaan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), khususnya kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000), dengan menggunakan jentera Ducati.

Pada September lalu, JDT Racing Team melakar kejayaan apabila muncul juara keseluruhan kategori ASB1000 bagi musim 2026, manakala pelumba utamanya, Hafizh Syahrin Abdullah mempertahankan gelaran juara individu untuk tahun kedua berturut-turut.

JDT Racing Team turut memperkukuh barisan pelumba musim ini menerusi penyertaan pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar, sekali gus memperluaskan pengaruh jenama Harimau Selatan dalam arena sukan permotoran serantau.

Kejayaan itu membuktikan usaha mengembangkan jenama JDT bukan sahaja tertumpu kepada bola sepak, malah turut merangkumi sukan permotoran yang semakin mendapat tempat di peringkat Asia. – MYNEWSHUB

Tags: Grand Prix SingapuraPerlumbaan F1SaksikanTunku Mahkota Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix...

Tunku Mahkota Ismail, Putera Mahkota Bahrain Bincang Hubungan Johor-Bahrain

Tunku Mahkota Ismail, Putera Mahkota Bahrain Bincang Hubungan Johor-Bahrain

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd