• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah peruntukan yang besar semata-mata, sebaliknya manfaat sebenar yang dapat dirasai rakyat.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion memperlihatkan komitmen perbelanjaan yang besar, namun ukuran sebenar kejayaannya adalah sejauh mana peruntukan itu mampu meningkatkan pendapatan, menyediakan pekerjaan berkualiti dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, daripada RM459.8 bilion perbelanjaan Persekutuan, sebanyak RM376.8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM83 bilion untuk pembangunan.

Katanya, dengan caj perkhidmatan hutang mencecah RM61 bilion, kerajaan perlu terus memperkukuh disiplin fiskal dan kecekapan perbelanjaan bagi menjamin kemampuan kewangan negara dalam jangka panjang.

“Baki RM50.2 bilion yang melibatkan pelaburan entiti berkaitan kerajaan dan kerjasama awam-swasta juga perlu dipantau dengan teliti supaya manfaat ekonomi dan komitmen kewangannya dapat dinilai secara telus,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Samsuri turut mengalu-alukan pelaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain langkah kerajaan meningkatkan pendapatan pekerja.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keutamaan jangka panjang perlu diberikan kepada usaha meningkatkan kuasa beli rakyat, menyediakan peluang pekerjaan dengan pendapatan setimpal serta memperkukuh perusahaan tempatan.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan Belanjawan 2027 akan diteliti secara bertanggungjawab ketika dibahaskan di Parlimen.

“Kita akan meneliti Belanjawan 2027 secara bertanggungjawab di Parlimen. Mana yang baik kita sokong, mana yang perlu ditambah baik kita kemukakan cadangan.

“Pada akhirnya, kejayaan belanjawan bukan diukur pada besarnya angka yang diumumkan, tetapi pada manfaat sebenar yang dapat dirasai oleh rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Tags: Ahmad SamsuribelanjawanBukan DiukurKejayaanPada Angka BesarRM510 Bilion
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar

Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar

16/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendoakan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan turut mencatat kemenangan...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd