KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi rakaman video mengikuti trend tarian popular Scuba Dance yang menjadi fenomena di platform TikTok.
Hantaran video berkenaan menerima pelbagai pujian daripada rakyat Malaysia yang rata-rata menyifatkan Perdana Menteri sebagai comel, berjiwa rakyat dan memahami dunia generasi muda.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar yang juga Menteri Kewangan berseloroh mengenai dirinya yang turut perlu melayan kerenah cucu dengan mengikuti trend berkenaan.
“Papatok pun kena layan trend scuba cucu,” tulisnya.
Scuba Dance merupakan trend tarian yang mula popular di TikTok pada penghujung 2025 sebelum kembali mendapat perhatian pada tahun ini.
Tarian itu mempunyai gerakan tersendiri termasuk menutup hidung menggunakan sebelah tangan, manakala tangan yang satu lagi dilambai-lambaikan sambil menggerakkan lutut mengikut rentak muzik.
Trend berkenaan turut menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia termasuk golongan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Beberapa menteri Kerajaan Madani juga pernah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan melakukan aksi sama iaitu Datuk Seri Fahmi Fadzil, manakala Datuk Seri Fadhlina Sidek melakukan aksi ‘six sevennnn’
Seorang netizen, KJ Koo menyifatkan Anwar sebagai seorang yang mempunyai personaliti lucu dan menghiburkan.
“He is humorous! PMX the best,” tulisnya.
Gilber Tan pula memberikan reaksi, “PMX kelakar comel”, manakala Ida Chang II menulis, “Hahahaha.cumil”.
Kathy Rahim turut meninggalkan komen ringkas, “Comel”, sementara seorang lagi pengguna media sosial menulis, “Papatok comell”.
Eira Zahirah II pula terhibur melihat Anwar mengikuti trend popular berkenaan.
“Hahahahhahahaha papatok in trend,” tulisnya.
Seorang lagi netizen, Shazrin Shazri menyangka dirinya tersalah memasuki halaman media sosial.
“Ingat saya silap page tadi… Steady guru,” katanya.
Fathul Azmi pula memberikan pujian kepada Perdana Menteri menerusi komen, “pmx terbaik..steady pmx…maju pmx..”
Tidak kurang juga pengguna media sosial yang menjadikan gelagat Anwar sebagai bahan gurauan politik.
Fitri Ramli FL misalnya mengaitkan trend tersebut dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Takkan nak suruh Hadi Awang macam ni juga,” tulisnya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto/Komen Netizen: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


