• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap rombongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan program Ilham Seni Diraja bagi membincangkan punca tersurat dan tersirat kes jenayah melibatkan pelajar sekolah.

Pertemuan yang berlangsung di Istana Negara semalam itu turut memberi perhatian terhadap kejadian jenayah yang berlaku dalam kawasan sekolah sendiri, selain membincangkan langkah menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar.

“Antara perkara yang mendapat perhatian utama perbincangan hari ini adalah kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah, yang mana antaranya berlaku dalam kawasan sekolah itu sendiri.

“Apakah puncanya yang tersurat mahupun tersirat, dan apakah langkah yang boleh diambil dalam zaman serba moden kini?” titah Baginda menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Raja Permaisuri Agong, semua pihak yang hadir turut berkongsi pandangan dan pendapat mengenai usaha menangani gejala sosial bagi mengurangkan risiko serta ancaman bahaya terhadap pelajar sekolah.

Pertemuan berkenaan turut membincangkan perkembangan terkini program Ilham Seni Diraja serta pelbagai isu semasa berkaitan sektor pendidikan negara.

Rombongan UTM diketuai Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Mohd Shafry Mohd Rahim bersama Pendaftar UTM, Datuk Dr Mohd Sharil Abdullah dan tiga mahasiswa.

Sementara itu, rombongan program Ilham Seni Diraja diketuai Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ithnin Mahadi bersama tiga pelajar peserta program berkenaan.

Turut hadir, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Affendy Zairakithnaini; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim; Kaunselor dan Pakar Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja, Dr Noor Aishah Rosli serta Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Kemanusiaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Murni Wan Mohd Noor. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: Babitkan Pelajar SekolahBincangkes jenayahpuncaRaja Permaisuri AgongRombongan UTMTerima menghadapTersiratTersurat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 159 Penerima, Terima Menghadap Pengerusi IPCC

Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 159 Penerima, Terima Menghadap Pengerusi IPCC

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2026 kepada 159 penerima...

Tunku Mahkota Ismail, Putera Mahkota Bahrain Bincang Hubungan Johor-Bahrain

Tunku Mahkota Ismail, Putera Mahkota Bahrain Bincang Hubungan Johor-Bahrain

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd