• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Mahu Bersara Selepas Lima Tahun

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau hanya memerlukan lima tahun lagi untuk memimpin Sarawak sebelum bersara.

“Faktor umur dan kesihatan menghalang saya untuk memimpin Sarawak lebih daripada tempoh itu,” kata Adenan ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Akar Umbi Negeri Sarawak Bahagian Kota Samarahan di sini, Isnin.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi memberi beliau mandat penuh lima tahun lagi sebagai ketua menteri bagi membolehkan beliau meneruskan usaha serta tugas-tugas yang masih belum sempat beliau tunaikan untuk rakyat dan negeri itu sejak dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Feb tahun lalu.

Antara perjuangannya yang belum tercapai ialah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan pusat untuk menaikkan peratusan royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus serta mengurangkan jurang kemiskinan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Adenan, 71, berkata beliau telah memohon kepada kerajaan pusat untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk pembangunan luar bandar Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Mengenai pendatang asing tanpa izin di Sarawak, beliau mahu supaya Jabatan Imigresen sentiasa membuat pemantauan serta mengambil tindakan tegas termasuk menahan dan menghantar mereka pulang ke negara asal.

Menurut Adenan, beliau menerima laporan bahawa terdapat rakyat Pakistan yang menjalankan perniagaan di negeri itu tanpa permit dan mahu supaya Jabatan Imigresen bertindak ke atas mereka.

Sementara itu, beliau menegaskan Sarawak tidak memerlukan parti politik dari Semenanjung Malaysia untuk datang ke negeri itu termasuk UMNO.

“Kita orang Sarawak tahu bagaimana untuk mentadbirkan negeri kita sendiri dan saya sudah beritahu Perdana Menteri sendiri bahawa kita tidak mahu UMNO datang ke Sarawak,” tambahnya.

Katanya, beliau juga akan terus dengan dasar untuk menyekat kemasukan individu dan kumpulan ekstremis dari Semenanjung Malaysia ke negeri itu. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd