• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan layanan karpet merah kepada ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing yang menurutnya bercanggah dengan pendirian Malaysia terhadap kekejaman rejim tentera negara berkenaan.

Menerusi hantaran di media sosial, Charles mengingatkan bahawa pada 2023, Anwar pernah memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa beliau berasa ngeri dengan keganasan junta Myanmar terhadap rakyatnya sendiri.

Bagaimanapun, katanya, pada 2026 Malaysia pula membentangkan karpet merah kepada jeneral yang didakwanya bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Rakhine serta berdepan proses undang-undang berkaitan jenayah terhadap kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Charles turut mendakwa ASEAN dan rakyat Myanmar tidak menerima Min Aung Hlaing sebagai Presiden negara itu berikutan pilihan raya yang disifatkannya sebagai tidak sah.

Menurutnya, tindakan Malaysia menerima pemimpin berkenaan sebagai Presiden menunjukkan negara ini menyimpang daripada pendirian bersama ASEAN.

Beliau memberi amaran bahawa perkembangan itu boleh menguburkan Kemuafakatan Lima Perkara ASEAN (5PC) yang diwujudkan bagi menangani krisis Myanmar.

“Ini akan menguburkan 5PC ASEAN buat selama-lamanya. Tahniah. Perkara ini akan dikenang. Dan ya, semoga ASEAN bersemadi dengan aman,” sindirnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Mohd Kamil Munim mempertahankan pendekatan diplomasi itu dengan menegaskan bahawa rundingan tidak bermaksud pengiktirafan atau persetujuan terhadap kekejaman junta Myanmar.

Beliau menegaskan bahawa membuka pintu perbincangan tidak bermakna kerajaan menutup mata terhadap kekejaman yang berlaku.

“Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman duduk semeja dengan Chin Peng dalam Rundingan Baling. Apakah itu bermakna Tunku mengiktiraf perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya?

“Tentunya tidak. Tunku berunding kerana sebagai pemimpin, beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk mencari jalan menghentikan keganasan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Beliau turut membangkitkan tindakan Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke Beijing pada 1974 dan bertemu Mao Zedong serta Zhou Enlai untuk membuka hubungan diplomatik dengan China ketika ancaman komunis masih wujud di Malaysia.

“Adakah Tun Razak menjadi komunis kerana berjabat tangan dengan Mao?

“Justeru istilah “bentang permaidani merah” mungkin sedap sebagai tajuk politik, tetapi ia tidak menjelaskan kerumitan diplomasi. Soalan yang lebih penting ialah: apakah yang Malaysia tuntut di meja rundingan?,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Charles Santiago/Kamil Munim

Tags: Anwar Karpet MerahCharles SantiagoKamil MunimKetua Junta MyanmarkritikPertahanPMX
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan

Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan tindakan membandingkan sambutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap...

PMX Anwar Sambut Presiden Myanmar Min Aung Hlaing Dengan ‘Karpet Merah’

PMX Anwar Sambut Presiden Myanmar Min Aung Hlaing Dengan ‘Karpet Merah’

08/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing di Malaysia hari ini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd