• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 ADUN Fail Saman Terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Cabar Pembatalan Jawatan Exco

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
10 ADUN Fail Saman Terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Cabar Pembatalan Jawatan Exco
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban bagi mencabar keabsahan pewartaan pembatalan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)

Menurut kenyataan media firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang tular di media sosial hari ini, saman berkenaan difailkan pada 5 Oktober lalu terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sembilan.

Firma itu berkata, tindakan berkenaan mencabar keabsahan pewartaan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 24 September 2026 berhubung pembatalan pelantikan 10 Ahli MMKN terbabit.

Menerusi saman tersebut, antara perkara yang dimohon adalah deklarasi Mahkamah Tinggi mengenai sama ada pewartaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan itu sah dan berkuat kuasa apabila pembatalan pelantikan 10 Ahli MMKN oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dibuat tanpa nasihat Menteri Besar.

Menurut kenyataan itu, perkara berkenaan dibangkitkan berdasarkan peruntukan Perkara XXXVIII(5) yang dibaca bersama Perkara XL(1), XL(1A) dan XL(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Saman Pemula itu turut disokong dengan 10 afidavit sokongan daripada semua ADUN berkenaan serta satu afidavit tambahan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, firma guaman berkenaan menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai saman tersebut sehingga ia diputuskan mahkamah bagi mengelakkan timbulnya isu sub judice. – MYNEWSHUB

Tags: 10 ADUNCabar Pembatalan Jawatan Excofail samanSetiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zunar Fail Saman Terhadap Pegawai Penyiasat, KPN, Kerajaan

12/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kartunis Zulkiflee SM Anwarul Haque atau Zunar hari ini memfailkan saman terhadap seorang pegawai penyiasat, Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd