KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse daripada Pakatan Harapan (PH) diberi kepercayaan untuk mempengerusikan prosiding Kamar Khas Parlimen semalam.
Jimmy Puah berkata, meskipun menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua (YDP) secara ad-hoc, tanggungjawab berkenaan perlu dilaksanakan dengan adil dan profesional.
“Sebagai YDP walaupun ad-hoc kita kena discaj tanggungjawab kita dengan adil dan profesional,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Menurut beliau, prosiding berkenaan melibatkan dua Ahli Parlimen serta empat menteri atau timbalan menteri.
Jimmy Puah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya sekretariat Dewan Rakyat yang membantu memastikan perjalanan prosiding berlangsung dengan lancar.
“Terima kasih kepada semua termasuk sekretariat Dewan Rakyat yang banyak membantu memastikan prosiding berjalan dengan lancar,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Jimmy Puah


