• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pendidikan Percuma Telah Dibincangkan Secara Panjang Lebar – Adam Adli

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Dasar Pendidikan Percuma Telah Dibincangkan Secara Panjang Lebar – Adam Adli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah memulakan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada kelompok yang paling memerlukan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial sebagai respons terhadap kritikan pelakon Azhar Sulaiman berhubung isu pendidikan percuma.

Menurut Adam Adli, beberapa langkah berkaitan dasar berkenaan telah dibincangkan secara panjang lebar, namun pelaksanaannya belum mencapai tahap yang diharapkan sepenuhnya dan tidak semuanya boleh dilakukan secara serta-merta.

“Untuk tahun ini sahaja, bentuk pendidikan percuma yang kita inginkan sebenarnya sudah mula dilaksanakan secara berperingkat.

“Kita mulakan dengan melupuskan hutang masa depan PTPTN bagi 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan. Pada masa yang sama, yuran pengajian bagi pelajar OKU di IPTA juga kini dikecualikan,” katanya.

Adam Adli berkata, pendekatan kerajaan ketika ini adalah menyelesaikan terlebih dahulu beban hutang masa depan golongan paling memerlukan supaya mereka dapat meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa menanggung hutang baharu.

Katanya, langkah berkenaan bukan hanya melibatkan pelajar baharu, sebaliknya turut merangkumi mereka yang sudah berada dalam sistem dan sedang mengikuti pengajian.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelaksanaan dasar ketika ini masih belum sempurna dan memerlukan penambahbaikan berterusan.

“Satisfied? Nope. Definitely not perfect. In fact, there’s no such thing as ‘perfect policy’ – sebab itu semua dasar sentiasa perlu ada penambahbaikan yang berterusan,” katanya.

Beliau berharap masyarakat dapat melihat perkembangan beberapa dasar baharu kementerian yang menurutnya sedang bergerak ke arah lebih baik.

Adam Adli berkata, keutamaan sekarang adalah memastikan langkah yang telah diperkenalkan benar-benar berjalan sebelum usaha diperluaskan supaya lebih ramai pelajar berpeluang mendapat pendidikan tanpa dibebani hutang.

“Yang penting sekarang ialah memastikan langkah ini benar-benar berjalan, kemudian terus berusaha supaya ruang pendidikan tanpa beban hutang ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Adam Adli

Tags: Adam AdlidasarDibincangkanpendidikan percumaSecara Panjang LebarTelah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

24/07/2026
0

SEREMBAN – Rakyat Negeri Sembilan diingatkan mereka tidak terkecuali daripada penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 yang telah dikurangkan daripada 300...

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

13/07/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa antara faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd