• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Direman Bantu Siasatan Hina Institusi Diraja, Polis Di Blog

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog.

Majistret Salina Omar mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Peguam lelaki berkenaan, New Sin Yew ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lelaki tersebut yang ditahan semalam, di Shah Alam, Selangor diperlukan polis untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang dibuat menerusi blog berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat orang awam pada 11 Jun 2013 mengenai blog berkenaan.

“Polis memberi alasan perintah reman itu adalah bagi memberi masa untuk polis merakamkan keterangan, menguruskan barang kes serta mengesan rakan sekutu yang terbabit,” katanya.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju T berwarna putih itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi anggota polis. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil...

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd