• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di Banda Hilir yang didakwa menjejaskan sebahagian peniaga akan dikaji semula sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, PH akan menilai semula tempoh pelaksanaan CFZ sedia ada, termasuk mempertimbangkan untuk mengurangkannya kepada enam jam berbanding 24 jam ketika ini sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita mahu pelancongan Melaka terus berkembang, tetapi pelaksanaannya mesti memberi kebaikan kepada rakyat. Kita tidak menolak konsep CFZ, tetapi pelaksanaan selama 24 jam perlu dikaji semula berdasarkan keadaan sebenar di lapangan,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Poay Tiong berkata, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah faktor cuaca memandangkan Melaka mempunyai cuaca panas, khususnya pada waktu tengah hari.

“Kalau pada jam 12 tengah hari cuaca begitu panas, kita perlu bertanya secara realistik — adakah pelancong benar-benar akan memilih untuk berjalan kaki di kawasan terbuka pada waktu tersebut?

“Atau mereka lebih cenderung datang pada waktu petang dan malam apabila cuaca lebih selesa? Ini adalah perkara yang perlu kita ambil kira dalam merancang sesuatu dasar pelancongan,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kesan penutupan jalan utama untuk tempoh panjang terhadap aliran trafik, penduduk, pelancong, peniaga serta pengguna jalan raya di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, beliau mendakwa terdapat wakil dalam kerajaan negeri termasuk dalam kalangan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang mempunyai kebimbangan serta tidak bersetuju dengan pelaksanaan CFZ selama 24 jam.

“Kita boleh mencari waktu yang lebih sesuai berdasarkan keadaan cuaca, waktu kemuncak pelancong, keperluan peniaga serta keadaan trafik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khoo Poay Tiong

Tags: 24 jamAkan Dikaji SemulaCar Free ZoneDAPJika Kami MenangPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”

Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan antara parti itu dengan PAS...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd