• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Hargai Usaha Malaysia Jejaki Pesawat MH370

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan China menghargai usaha tanpa jemu kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang.

Duta China di Malaysia, Dr Huang Huikang berkata usaha berterusan ini penting bagi anggota keluarga yang terlibat dalam mencari orang yang mereka sayangi, walaupun telah enam bulan pesawat Boeing 777-200 itu hilang.

“Penjagaan dan simpati kerajaan dan rakyat Malaysia amat bermakna kepada anggota keluarga ini. Kami (Malaysia dan China) akan terus melakukan yang terbaik untuk menjejaki pesawat yang hilang itu,” kata beliau kepada Bernama, di sini hari ini.

Dr Huang berkata beliau berharap kedua-dua negara akan terus berkomunikasi dengan baik untuk membantu anggota keluarga mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan dalam misi pencarian.

Beliau menarik perhatian bahawa hubungan diplomatik antara Malaysia dan China terus berkembang di sebalik tragedi itu kerana kedua-dua kerajaan bersetuju untuk bekerjasama rapat dalam apa-apa isu yang mungkin timbul akibat insiden itu.

“Saya percaya isu pampasan kepada anggota keluarga akan diuruskan dalam masa yang sesuai. Kami (Malaysia dan China) akan terus menjaga kebajikan anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

Dr Huang juga melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan kembali menjadi satu daripada destinasi percutian paling digemari oleh pelancong China pada masa depan.

Walaupun MH370 memberi sedikit kesan terhadap kedatangan pelancong dari China, jumlah itu semakin bertambah terutama di negeri Sabah dan Pulau Pinang, kata beliau.

Pesawat malang MH370 bersama 239 orang di dalamnya, 153 daripada mereka ialah penumpang warga China, hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd