• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju PMKS Dikecualikan Daripada Kenaikan Gaji Minimum

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Setuju PMKS Dikecualikan Daripada Kenaikan Gaji Minimum
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet bersetuju supaya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurutnya, Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat perlu terus ditingkatkan, namun pada masa sama kerajaan perlu melindungi perniagaan tempatan khususnya PMKS yang berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa.

“Mengambil kira kemampuan sektor ini, Kabinet telah bersetuju agar PMKS dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Steven Sim berkata, kerajaan sebaliknya akan menggunakan pendekatan lain bagi membantu meningkatkan pendapatan pekerja dalam sektor PMKS.

Antara langkah yang akan diberi perhatian ialah sokongan subsidi gaji menerusi Dasar Gaji Progresif supaya peningkatan gaji pekerja dapat bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.

Semalam Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengkritik cadangan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 sebulan dalam keadaan ekonomi yang agak lembab ketika ini.

Beliau mendakwa pengumuman awal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu mencetuskan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan peniaga tempatan khususnya PMKS. – MYNEWSHUB

Tags: Daripada KenaikanDikecualikanGaji MinimumKerajaan SetujuPMKS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

26/09/2026
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi bayangan...

e-Invois Tidak Membebankan PMKS: Memudahkan Urusan, Tingkatkan Kecekapan, Percepatkan Pendigitalan

e-Invois Tidak Membebankan PMKS: Memudahkan Urusan, Tingkatkan Kecekapan, Percepatkan Pendigitalan

01/06/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Dalam dunia yang semakin mengutamakan kecekapan dan ketelusan, pelaksanaan sistem e-Invois oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd