• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPM (Hal Ehwal Agama) Tegas Tolak New Age Movement, Siasatan Menyeluruh Dijalankan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JPM (Hal Ehwal Agama) Tegas Tolak New Age Movement, Siasatan Menyeluruh Dijalankan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan pendirian menolak New Age Movement (NAM) serta mana-mana fahaman yang didapati bercanggah dengan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.berkata, pihaknya memandang serius sebarang penyebaran fahaman atau amalan yang boleh menimbulkan persoalan berkaitan akidah dan pegangan umat Islam.

Menurut beliau, siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan telah dilaksanakan dan usaha itu akan diteruskan bagi memastikan sebarang fahaman yang bertentangan dengan syarak dapat ditangani sewajarnya.

“JPM (HEA) tegas menolak New Age Movement dan mana-mana fahaman bercanggah syarak. Siasatan menyeluruh telah dan akan terus dijalankan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menerusi satu kenyataan media menafikan penglibatan beliau dengan NAM.

Beliau menegaskan kekal berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terlibat dengan NAM seperti maklumat yang tular di media sosial.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengambil tindakan mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Marhamah susulan kontroversi tersebut.

Hasil ‘tabayyun’ tersebut, JAKIM memberi beberapa teguran, nasihat dan panduan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – MYNEWSHUB

Tags: DijalankanHal Ehwal AgamaJPMNew Age Movementsiasatan menyeluruhTolak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd