• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Sindir PAS Isu Dasar Bersama Pakatan Rakyat

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyindir PAS dengan menjadikan contoh kerajaan Selangor yang berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kejayaan untuk rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, model pentadbiran Selangor yang berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat itu antaranya menghasilkan kejayaan dalam dasar perumahan, bantuan mikrokredit dan pendidikan mampan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dalam perjuangan menuntut perubahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP yang merupakan salah sebuah parti dalam Pakatan Rakyat dengan lantang mengkritik PAS kerana melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat dengan mencadangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Wan Azizah dalam pada itu mengakui wujud masalah dalam Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera para pimpinannya untuk menangani masalah itu.

Malah, katannya, PKR berasakan wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama dengan tujuan memperkukuh gabungan parti-parti politik yang progresif dan berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“PKR mencadangkan agar perbincangan perlu diteruskan dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=uLWFhWWPHNk

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd