• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) benar-benar dilaksanakan di sekolah susulan kematian seorang pelajar di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkata, tragedi berkenaan menuntut penjelasan serius daripada KPM mengenai keberkesanan pelbagai dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini.

“Mana pergi segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini?” soalnya menerusi kenyataan di media sosial.

Menurut Afnan Hamimi, KPM sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat selain menyediakan pelbagai mekanisme bagi mencegah serta melaporkan kejadian buli.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada semua mekanisme itu benar-benar dilaksanakan di peringkat sekolah dan asrama atau sekadar kelihatan baik di atas kertas.

Afnan Hamimi turut membangkitkan persoalan mengenai keberkesanan sistem pemantauan, kemampuan warden serta pihak sekolah mengesan risiko lebih awal dan sama ada saluran aduan yang disediakan benar-benar selamat serta diyakini murid.

Pada masa sama, beliau menegaskan siasatan kes berkenaan perlu dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa.

Katanya, sekiranya siasatan menemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas perlu dikenakan tanpa kompromi.

“Sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan,” katanya.

Terdahulu, katanya, DPPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta semua pihak memberikan ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kejadian. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Afnan Hamimi Taib Azamudden

Tags: Afnan HamimiAntibuliDasar KeselamatanKPMMana Pergi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

CSA Bukan Untuk Kestabilan Negara, Tetapi Tunduk Kepada PH – Afnan Hamimi

CSA Bukan Untuk Kestabilan Negara, Tetapi Tunduk Kepada PH – Afnan Hamimi

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang dipertahankan Pakatan...

Apakah Sekolah Masih Kawasan Selamat Untuk Anak-Anak? – Afnan Hamimi

Apakah Sekolah Masih Kawasan Selamat Untuk Anak-Anak? – Afnan Hamimi

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sama ada sekolah masih boleh dianggap sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd