• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
25/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan berkait krisis adat Negeri Sembilan.

Bekas Speaker Dewan Negara itu dituduh menyebut perkataan menghasut di Parkroyal A’ Farmosa Melaka Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah pada 5 Jun lalu, kira-kira jam 1 tengah hari.

Mengikut kertas pertuduhan, Rais didapati telah menyebut perkataan menghasut iaitu:

“Mendoakan selamat kepada Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12. Jadi, selepas ini, bebaslah, yang, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar ke-12, melakukan apa-apa sahaja hal kedirajaan. Dan seruan kami ialah tumpukanlah taat setia kepadanya, oleh kerana kita mengikut lunas undang-undang dan juga lunas adat yang ada di Negeri Sembilan.”

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula. – MYNEWSHUB

Tags: Bawah Akta HasutanDidakwaKrisis AdatNegeri SembilanRais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

25/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meneruskan tugas pentadbiran negeri apabila mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) NS...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd