• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mendedahkan beliau dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sempat berseloroh mengenai dakwaan ‘tawaran bantuan’ negara berkenaan kepada PAS seperti yang didakwa oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Maszlee berkata perkara itu disentuh ketika beliau bersama Senator Dr Jufitri Juha dan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadiri jemputan makan tengah hari bersama Kuasa Usaha Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David “Chip” Gamble.

“Kami juga sempat berseloroh tentang hubungan Kedutaan AS dengan PAS dan ‘tawaran bantuan’ AS kepada PAS seperti yang didakwa oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Menurut Maszlee, pertemuan berkenaan menjadi ruang untuk mereka berbincang mengenai perkembangan politik semasa di AS Malaysia serta isu global.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa Kedutaan AS turut mengundang parti-parti politik lain sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik mereka.

Malah, menurut Maszlee, PAS merupakan antara parti yang turut diundang oleh pihak kedutaan berkenaan.

“Banyak yang dapat saya pelajari daripada rakan-rakan wakil Keadilan dan juga pasukan Mr David dari Kedutaan AS,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Maszlee Malik

Tags: berselorohIsu ‘Tawaran Bantuan’Kedutaan ASPASWakil PKR
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd