KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak ‘play victim’ (berpura-pura menjadi mangsa)
Beliau berkata demikian susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menggantung serta merta semua kegiatan Perikatan Nasional (PN)
“Usah ‘play victim’ kerana pemangsa sebenar adalah PAS. BERSATU jadi mangsa kerakusan dan ketamakan percaturan politik draconian PAS – WAWASAN.
“Tiada kaitan tarikh pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) Melaka dengan aduan BERSATU ke ROS,” dakwanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Mohd Hisyamuddin mendakwa kronologi isu tersebut adalah jelas disebabkan PAS menyingkirkan BERSATU daripada PN dan mengajak WAWASAN menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Dakwa beliau, kemelut itu bermula apabila berlaku pertikaian mengenai kedudukan BERSATU sebagai parti anggota PN dan keputusan untuk tidak melibatkan BERSATU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026.
“Kalau pertikaian ini bermula daripada pergaduhan dan pertikaian dalaman PN, termasuk isu BERSATU tidak dipanggil ke mesyuarat pada 16 Julai 2026, mengapa sekarang ROS dan kerajaan pula kononnya yang nak dipersalahkan?,” katanya.- MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz


