• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis Dituduh Rasuah Diperintah Bela Diri

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR- Seorang pegawai polis yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan seorang Koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis diperintah membela diri atas tuduhan rasuah lebih empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Mohd Rosli Osman dalam penghakimannya berkata pendakwa raya telah membuktikan kes prima facie terhadap ASP Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 47, dan Koperal Syed Zaini Syed Hassan, 45.

“Ini adalah keputusan di akhir pendakwaan. Saya membacakan ringkasan keputusan mahkamah sahaja iaitu terdapat kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Kes ini terlalu panjang, berbelit-belit dan telah lama.

“Saya tidak mahu mengambil kes ini kerana khidmat berbaki dua minggu lagi sebelum bercuti tiga bulan dan bersara. Hujahan telah saya tulis. Laporannya akan dihantar ke ibu pejabat supaya hakim yang bakal mengambilalih kelak memahami kes ini,” kata Mohd Rosli.

Ahmad Zaharuddin dituduh menerima secara rasuah sebanyak RM10,000 daripada Tan Ah Keng yang didakwa menganjurkan perjudian haram di Simpang Empat, dekat sini dan pertuduhan kedua menerima RM4,000 lagi daripada beliau.

Pegawai polis itu dituduh menerima kedua-dua suapan tersebut di sebuah hotel di Kangar pada Mac 2011.

Pertuduhan pertama dibuat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) manakala kedua di bawah Seksyen 17(a) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ketiga, beliau dituduh menerima RM2,000 daripada Boonchu a/l E. Bau di Simpang Empat, dekat sini sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kerana menganjur perjudian haram pada 15 April 2011.

Bagi pertuduhan keempat, pegawai polis itu bersama Koperal Syed Zaini dituduh secara rasuah menerima RM4,000 bagi diri mereka daripada Boonchu berhampiran warong Ratna Sari, Padang Behor, dekat sini pada 20 April 2011.

Pertuduhan ketiga dan keempat dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta 694 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta 694.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafizh Abu Bakar menjalankan pendakwaan manakala Ahmad Zaharuddin dan Koperal Syed Zaini diwakili Rahamatullah Baharudeen. – BERNAMA

 

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd