• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung cadangan untuk membatalkan pendaftaran gabungan itu, selain perintah menggantung semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, notis berkenaan dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966, dengan PN diberikan tempoh 30 hari untuk menunjukkan sebab berhubung cadangan pembatalan tersebut.

Menurutnya, cadangan pembatalan itu berkaitan aduan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap PN berhubung satu mesyuarat yang berlangsung pada 16 Julai 2026.

“Kedua-dua notis dan perintah di atas diserahkan kepada PN secara berturut- turut pada 22 dan 23 September 2026, yang berkebetulan pada hari pengumuman dan kuat kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Takiyuddin berkata, PN mengambil maklum tindakan ROS itu, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan dan sedang mengambil langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia.

Gabungan itu turut mendakwa tidak menolak kemungkinan tindakan terhadapnya mempunyai unsur mala fide atau tekanan politik daripada pihak tertentu dari dalam dan luar PN.

Pada masa sama, PN menyeru ahli dan penyokongnya supaya bertenang serta memaklumkan perkara itu sedang diuruskan dan perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

PN turut mengeluarkan perintah larangan atau gag order berkuat kuasa serta-merta yang melarang mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan bagi pihak gabungan berkenaan kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN. – MYNEWSHUB

Tags: Cadangan Batalkan PendaftarandigantungPNROSSahkanSemua KegiatanTerima Notis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd