• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR
Share on FacebookShare on Twitter

HANGZHOU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali
menaiki HSR dari Shanghai ke Hangzhou di China hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, keupayaan sistem HSR dari segi kelajuan dan perkhidmatan sememangnya memberikan pengalaman baik.

“Ya, tentulah kita tengok khidmat dan kelajuannya dan keindahannya, kecepatannya, semua terbaik,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berada dalam kereta api berkelajuan tinggi dari Shanghai menuju ke bandar ini, hari ini.

Anwar ditanya mengenai pandangannya menaiki HSR dan kemungkinan mengambil inspirasi daripada sistem berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan kereta api di Malaysia.

Perdana Menteri dipetik berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya dalam memperluas kemudahan pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi di Malaysia.

Katanya, keupayaan sistem HSR dari segi kelajuan dan perkhidmatan sememangnya memberikan pengalaman baik, namun pembangunan infrastruktur di Malaysia perlu dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan kemampuan negara.

“Di antara banyak lagi jenis pengangkutan, keutamaan lain dengan sekolah, saya pilih baiki sekolah dulu,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: berkelajuan tinggiChinaHSRKecepatankereta apiPMX AnwarPuji Kelajuan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menghantar pulang pelarian yang bersetuju secara sukarela dan telah menandatangani dokumen persetujuan untuk kembali ke...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd