• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Ab Rauf Kata Akan Berunding Dengan Parti Terlibat Soal Kerjasama Politik

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Melaka: Ab Rauf Kata Akan Berunding Dengan Parti Terlibat Soal Kerjasama Politik
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan rundingan dengan parti-parti politik akan diadakan bagi menentukan bentuk kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Beliau berkata, rundingan itu akan dilakukan selepas urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diselesaikan, selain setiap perbincangan dan tawaran daripada parti terlibat akan dinilai.

“Saya pastinya akan ada rundingan-rundingan dengan mana-mana parti yang terlibat dan akan menilai perbincangan kita dan tawaran-tawaran yang diberikan,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, hari ini.

Menurut Ab Rauf, pertimbangan utama dalam menentukan kerjasama berkenaan bukan berasaskan kepentingan peribadi, sebaliknya mengambil kira kepentingan pentadbiran negeri dan rakyat Melaka.

“Yang paling utama bukan untuk kepentingan saya, tetapi kepentingan bagaimana kita nak menguruskan negeri ini untuk rakyat Melaka, demi rakyat, untuk rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Ab Rauf belum mahu mendedahkan bentuk kerjasama yang bakal dimeterai atau parti mana yang akan terlibat dalam rundingan tersebut.

Ditanya sama ada pendekatan “Gelombang Biru” akan digunakan dalam menghadapi PRN, beliau berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas semua rundingan selesai dan keputusan dibuat.

Beliau juga enggan mendedahkan sama ada barisan sedia ada akan dikekalkan atau muka baharu bakal diketengahkan sebagai calon kerana banyak faktor perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

Terdahulu, Ab Rauf mengumumkan DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September 2026, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Selepas pembubaran itu, pentadbiran negeri akan berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas pilihan raya.

Ab Rauf berkata pemilihan waktu pembubaran turut mengambil kira pelbagai faktor termasuk kemungkinan banjir dan bencana, manakala tarikh PRN akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – MYNEWSHUB

Tags: Ab RaufBerundingKerjasama PolitikParti TerlibatPRN Melaka
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

04/11/2026
0

MELAKA - Aktiviti meronda kampung dan menyantuni penduduk dengan menunggang motosikal dilihat menjadi antara pendekatan kempen calon yang bertanding pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd