• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low

oleh Mynewshub
22/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS)

Menerusi hantaran di media sosial, Ivone Low membangkitkan persoalan selepas KPM pada 21 September menyatakan keputusan tidak lagi menetapkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera dibuat susulan sesi perbincangan antara KPM dan MITI.

Bagaimanapun, MITI pula hari ini menjelaskan kementerian itu tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan IPS berkenaan.

Perbezaan kenyataan kedua-dua kementerian itu menyebabkan Ivone Low mempersoalkan pihak mana yang sebenarnya terlibat dalam perbincangan seperti dinyatakan KPM.

“KPM sebenarnya berbincang dengan MITI yang mana satu?” soalnya.

Menurut Ivone Low, satu kementerian menyatakan perbincangan telah berlangsung, manakala satu lagi pula menyatakan tidak mempunyai makluman mengenai perkara tersebut.

“Siapa sebenarnya yang hadir dalam ‘sesi perbincangan’ tersebut?” soalnya lagi.

KPM menerusi kenyataan medianya bertarikh 21 September memaklumkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan kepada syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS di bawah kementerian itu.

MITI pula menjelaskan perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU), dan berharap penjelasannya dapat memperbetulkan peranan MITI supaya maklumat kepada orang awam tepat dan jelas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ivone Low Yi Wen

Tags: 30% Ekuiti BumiputeraIPSIvone LowSesi PerbincanganSiapa Yang HadirTidak Perlu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

22/09/2026
0

DUA kementerian dalam kerajaan yang sama tampil dengan kenyataan yang tidak sehaluan mengenai isu 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd