• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sampai Rakyat Tengah Pening Fikir Harga Barang, Bil Elektrik Rasa Wajib Bantu Najib – Pemimpin PH

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Sampai Rakyat Tengah Pening Fikir Harga Barang, Bil Elektrik Rasa Wajib Bantu Najib – Pemimpin PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh mengecam UMNO kerana mewujudkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Beliau berkata, UMNO tidak perlu menyebabkan rakyat yang sedang ‘pening’ memikirkan tentang soal harga barang, bil elektrik, sewa rumah dan duit sekolah anak berasa wajib untuk membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Kalau penyokong Najib nak bantu, silakan. Nak buat kutipan sesama sendiri pun itu hak masing-masing.

“Tapi jangan sampai rakyat yang tengah pening fikir harga barang, bil elektrik, sewa rumah dan duit sekolah anak pula rasa macam mereka wajib membantu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Ismail mendakwa, beliau berasa pelik UMNO memohon sumbangan orang ramai untuk membantu Najib yang telah disabitkan kesalahan membayar denda RM50 juta.

“Kalau kesalahan itu dilakukan oleh individu, kenapa beban bayaran itu perlu dipikul bersama oleh rakyat? Rakyat berhak tanya, duit sendiri pun bukan jatuh dari langit,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh

Tags: Bantu NajibBil ElektrikFikir Harga BarangJangan SampaiPemimpin PHRakyat Tengah PeningRasa Wajib
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

Zahida Beri Nasihat Tak Perlu Hina Orang Ramai Yang Mahu Bantu Najib, Tak Nak Derma Itu Hak Adik

Zahida Beri Nasihat Tak Perlu Hina Orang Ramai Yang Mahu Bantu Najib, Tak Nak Derma Itu Hak Adik

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarikh Khan menasihati seorang pelajar universiti yang menyifatkan tindakan orang ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd