KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa sepatutnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meletakkan jawatan menteri, bukan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mendakwa Ahmad Zahid memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung UMNO sedangkan Presiden UMNO itu merupakan Timbalannya.
“Beliau mempertikai polisi kerajaan. Pertikai Budi95. Sedangkan beliau dalam kabinet yang sama. Beliau buat keputusan sama-sama.
“Sewaktu banyak negara di dunia menghormati kepimpinan Anwar, Zahid memperlekeh dan memperbodohkan beliau. Bagi saya, sepatutnya Zahid yang letak jawatan. Bukan Anthony Loke,” katanya.
Terdahulu, Sheikh Umar mendakwa ramai dalam kalangan anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tidak bersetuju dengan keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, dakwanya, selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat CEC, kepimpinan parti mencapai kata sepakat dan mengambil keputusan secara kolektif. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali


